Apple Event – 7 March

Apple dah maklumkan bahawa akan ada majlis untuk memperkenalkan produk baru mereka pada 7 Mac 2012 ni. Ianya telah dihebahkan kepada semua yang berkenaan sahaja.

- source – tuaw.com

Posted in 4tography, MAC | Tagged , , , , , | Tinggalkan komen

Canon WP-DC34 Case

Ini la yang aku amik sekali dengan Canon G12. bersedia untuk diving kat Pulau Perhentian Mac 2012 ni. rega, agak murah.Tapi nak kene survey banyak tempat. aku dapatkan kat Digital Mall, Petaling Jaya. fungsi – yep.. nanti aku update bila dah masuk dalam air.

Posted in 4tography, gajet, Uncategorized | Tagged , , , , | Tinggalkan komen

Canon G12

Dengan jayanya aku berjaya mendapatkan spesis yang hampir pupus ini, Canon G12.Walaupon ada yang lebih bagus, pilihan aku tetap G12 kerana stok untuk bekas dalam air pon banyak kedai nak abiskan.kiranya bleh tawar gila2 harganya.Lagi satu aku dapat gunakan G12 ni dengan 580EXII.aku berjaya dapatkan dengan rega MYR1420.itupon dah abis tawar menawar. si penjual plak sibuk tekan mesin kira-kira. aku dah bagitau, susah tekan2. kasi 1400 kan senang kira. punya la bertekak nak dapatkan genap.
Dengan pakej kamera, 8Gb kad memori, casing kulit yang agak retro rupanya, bagi aku ok. Warranty adalah 1+1. register kat canon.com.my

*aku lupa nak mintak screen protector. haishh (‘_’ )’

Posted in 4tography, gajet, Uncategorized | Tagged , , , , , , | Tinggalkan komen

Experience with yamiya.com.my

Aku amat tak puas hati bila orang meniaga camni. memula kata ada. pahtu bila aku tanya mana tracking number, dia balas dengan email kata mende dah abis. tak masuk akal, padahal masa aku oeder, dia kata kamera tu akan sampai dalam masa dua hari. memang la ko mintak maaf, tapi kan susahkan aku nak pindah2 duit, mengharap akan dapat kamera tu,Last2 ko kata tadak.Alasan ramai orang order?

memang tak masuk akal. dah le bila aku bagi email tanya, ko jawab dengan macam nak tak nak je. jawapan yang diberi hanya tunjuk mende yang sama je. sila refer attachment. Tak pro langsung wat keje. Sbelum ni aku dah penah beli ngan ko, tapi kali ni servis ko mmg teruk amat. Maybe ni la last aku shopping kat ko.

terima kasih kerana pulangkan duit aku. walaupon aku mengharap sebijik kamera.

Posted in 4tography, Uncategorized | Tagged , , , | Tinggalkan komen

Canon G1X

Dapat e-order untuk kemera yang akan di releasekan nanti oleh Canon.G1X, menggantikkn G12 mempunyai banyak kelebihan.

daripada yang aku tengok, yang direview oleh digitalrev ianya agak besar. aku agak setuju dengan pandangan yang diberikan oleh mamat last tu, kalau ianya pns, tak bleh pns, cari lain aje.dan sepatutnya pns mudah dan tidak complicated seperti G1X

Posted in 4tography, gajet | Tagged , , , | Tinggalkan komen

Brother iPrint&Scan

Untuk iOS, aku dapatkan brother iPrint&Scan. Agak mudah digunakan dan ianya adalah percuma. Dapatkan di SINI.
App ini adalah untuk digunakan dengan iPhone,iPod dan iPad. Alatan iOS anda perlu mempunyai iOS 4.0 ke atas.
Tapi app ini agak cikai bagi aku. Untuk mencetak gambar, tidak boleh di pilih bagaimana gambar tersebut hendak dicetak – frame, color, setting. semua hendaklah di setting siap2 dahulu, baru la dicetak.

Moga brother bleh update lagi.

Posted in gajet, iphone, Uncategorized | Tagged , , , , , , , , | Tinggalkan komen

Brother – DCP-J315W

Aku telah dapatkan penganti kepada pencetak lama. Menjadi pilihan kerana mempunyai semua ciri yang aku hendak dan dalam lingkungan kemampuan.
Ianya adalah pencetak 3 dalam 1. Mencetak, mengimbas, membuat salinan.Kelebihan lain adalah pencetak terus – menggunakan sd card serta mempunyai wi-fi.Dengan kelajuan mencetak sehingga 35/28 ppm (parts per million), adalah cukup untuk aku.Resolusi pula adalah sehingga 1200 X 6000 dpi (dot print inch).Pencetak ni agak besar, saiz adalah 390 x 368 x 150mm. beratnya 6.8 kg. Kena letak kat tempat yang kukuh.
Untuk setup printer ini ke pautan wi-fi amat mudah.Seperti aku yang menggunakan PieOne, Cuma masukkan password, dan walla.siap.CD yang disertakan boleh digunakan untuk install semua software.Support untuk semua, Mac,Win dan Linux.
Tidak perlu lagi kabel2 selerak untuk mencetak dan mengimbas.

Posted in gajet, MAC | Tagged , , , , , | Tinggalkan komen